KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengurangkan hukuman penjara seorang bekas hakim Mahkamah Sesyen, yang didapati bersalah menerima rasuah berhubung prosiding mahkamah, daripada enam bulan kepada sehari.
Hakim Hasbullah Adam turut mengurangkan jumlah denda yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 19 Okt 2022 terhadap bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu Azmil Muntapha Abas, 50, daripada RM25,000 kepada RM12,000, selepas membenarkan rayuannya.
Bagaimanapun, Hakim Hasbullah menolak rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan terhadapnya, selepas mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat dapatan serta keputusan hakim Mahkamah Sesyen berkenaan sabitan kesalahan menurut Seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah.
"Oleh itu, sabitan tersebut adalah selamat," kata hakim itu menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 29 Dis.
Hakim Hasbullah mengetepikan hukuman yang dikenakan oleh hakim Mahkamah Sesyen dan digantikan dengan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000, jika gagal membayar denda dipenjara tiga bulan itu selepas mendapati terdapat merit dalam rayuan perayu.
Beliau berkata kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, namun tiada peruntukan mandatori bahawa pemenjaraan wajib diberikan.
"Elemen utama kesalahan ialah menerima suatu barang berharga tanpa balasan. Berbeza dengan pertuduhan kesalahan utama iaitu Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan," katanya.
Selain itu, Hakim Hasbullah berkata mahkamah juga mengambil kira peranan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang juga saksi pendakwaan keempat (SP4) Ahmad Feisal Mohd Azmi, sebagai temptation (tawaran) kepada perayu, dengan menawarkan wang.
"Peranan aktif SP4 yang memastikan pemberian tersebut (wang) terlaksana, walaupun perayu telah mengatakan tidak dapat mempersetujui kadar hukuman yang dicadangkan," katanya dan menambah mahkamah juga mengambil kira tempoh perkhidmatan Azmil Muntapha selaku hakim selama 17 tahun, sejak 2001 hingga 2018.
Mengikut pertuduhan, Azmil Muntapha sebagai Hakim Mahkamah Sesyen telah memperoleh wang tunai sebanyak RM5,000, tanpa suatu balasan pada 8.22 malam, yang mana tertuduh mengetahui mempunyai hubungan dalam suatu prosiding yang berkaitan dengannya, iaitu mengendalikan kes jenayah bagi enam Orang Kena Tuduh (OKT).
Enam OKT tersebut ialah Chin Yat Soong, Yap Chiew Tat, Chin See Shak, Pang Kooi Fook, Yap Swee Ming dan Chin Chee Keong, yang masing-masing telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan Azmil Muntapha telah menjatuhkan hukuman denda terhadap kesemua mereka.
Azmil Muntapha didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Setia Alam 2, Shah Alam, pada 10 Mei 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Hakim Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman yang dikenakan oleh hakim Mahkamah Sesyen dan digantikan dengan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000. - Gambar hiasan
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Rasuah: Bekas hakim dipenjara sehari, denda RM12,000 selepas hukuman dikurangkan
Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan hukuman penjara seorang bekas hakim yang didapati bersalah menerima rasuah berhubung prosiding mahkamah.